Nama
sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah.
Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta
datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat
Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal
sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah
minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar
Quraisy yang lain.
Dan
segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan
Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan
baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah
tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta
benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W.
Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah
mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan
pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran As-Siddiq yang
diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan
apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal
ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu
Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar,
tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata
Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai
dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di
negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid.
Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang
tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku
tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak
keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka
pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan
selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka
ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar
bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan
dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang
lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam
segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan.
Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada
tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah
salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka
sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu
pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata,
"Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian
orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di
Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut
untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu
bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah
itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di
Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah
engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi
itu?
Jawab
mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak
mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia.
Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi
menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai
Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku
mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan
nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya
aku berkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik
saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad)
sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah
kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan
As-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang
pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.
Keislaman
Saiyidina Abu Bakan As-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di
kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah
maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman
Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak
langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A.
telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang
paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai
memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A.,
dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul
dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah
suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling
tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah
bapanya.
Selain
daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat
yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak,
lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi
sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq
dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian
teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kita memperhatikan
pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya
itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu
Bakar R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh
dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya
sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A.
akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak
beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang
terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan
perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu
menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan
menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana
kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa
pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau
telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang
ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu
beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya.
Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling
terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala
Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang
kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah
pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa
pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan
mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya
Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal
pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu
Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu?
Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad
berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu
mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa
Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam
semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya!
Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita
dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun di waktu
malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana
tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad
dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi
oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran As-Siddiq, entinya yang benar.
Dan
memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah
kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh
dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata
benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat
kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya
itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya.
Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh
Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala
keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin
yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi
Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu
Bakar R.A. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang
dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W.
menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah
memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta
Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah
tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina
Abu Bakar R.A. menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari
pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W.
bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi
di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis,
Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana
khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang
bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sebagai orang
kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah
S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang
oleh kerananya Rasul berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah
Allah menemani kita?
Kemudian
Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan
kebimbangan Saiyidina Abu Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam
gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar
Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A.
pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu
belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya
tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di
dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak
musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda
Rasul. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai
diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang
manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang
akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah
keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan
antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al
Quran dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya
(Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung
halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di
kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar):
Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang
tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu
paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha
Kuasa dan Bijaksana.
Demikian
satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang
sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama
Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A.
tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan
menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan
sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya
bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling
banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan
seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan
penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah
tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam
Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian
kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba
datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu
meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya
harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu
maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal
sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan
apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan
Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan
tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah
dan RasulNya.
Demikianlah
kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan
hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan
besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau
Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran
hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat
ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman
Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya
yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab
Rasulullah s.a.w
Pada
suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain
menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih
dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia
di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu
Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan
terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam
isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini
sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di-
banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui
bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan
beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di
kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya
kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab
sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum
sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan
baginda telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya
pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang
semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika
kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu
kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai
kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati
ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al
Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke
rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh
Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka
wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa
cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati!
Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam
panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
"Wahai
kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad
telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka Allah
selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong
ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad
itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu
darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang.
Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit
pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang
bersyukur.
Sejurus
sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah
hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar
pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum
Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat
itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah
diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam
berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini
seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas
membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam memahami
Islam.
Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan
tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat
Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai
memilih Saiydina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya
itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini
tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi
beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang
uzur.
Setelah
dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya
baginda berkata:
"Wahai
sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika
pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka
perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku
hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat
di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak
orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang
berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan
RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak
harus lagi patuh kepadaku.
Aku
dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi
Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk
urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat
sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak
dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang
dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak
ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini
adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali
oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat
dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya.
Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan.
Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya
Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan
katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah
diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda
terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa
barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu
mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar
itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan
apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk
bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta
kerajaan.
Keadaan
ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan
tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil
dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan
usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk
mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya
baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali
kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan
Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun
kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh
jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang
mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain.
Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan
asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum
baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah
mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda
pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala
tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq
itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar
R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana
cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci
itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang
demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya
kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah
hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap
akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit
pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al
Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya
dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah
melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang
wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia
ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku
melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan
mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi
lautan api.
Dalam
masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang
memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas
pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah
berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala
kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap
janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang
abadi.
Sungguh
kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh dengan nasihat,
penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua
tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang
pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan
yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi
memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri
riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian
daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke
rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63
tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid
Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat
yang murni bagi sekelian kaum Muslimin